2 hari lepas teman isteri ke Klinik Kesihatan ampang untuk cabut gigi yang kedua.Maklum la dah makin tua masing-masing. Gigi pun dah rapuh pastu tak minum susu untuk kalsium semua. 2 minggu sebelum tu dah cabut dah balik kiri. Kali ni nak cabut yang belah kanan. Ku sangkakan normal cabut macam biasa tetapi isteri keluar dari bilik tu kata kena pergi Hospital Ampang. Doktor dah buat surat kena pergi sana untuk follow up sebab bila cabut gigi hancur dan tak jumpa akar.
Hosptal tempat fayyad dan adik Isha dilahirkan
Pergilah kami ke Hospital Ampang bahagian Jabatan Bedah Mulut. Dengar pun ngeri. Jadi macam biasa ikut prosuder pergi daftar bayar seringgit sebabkerja swasta. Tunggu giliran jumpa doktor pastu pergi bahagian X-Ray. Lepas X-ray masuk lagi jumpa doktor. Last-last dia kata kena pergi Universiti Sains Islam malaysia (USIM) ampang berdekatan dengan MPAJ sebab mereka tak nampak apa-apa. Dekat situ ada 1 mesin xray yang lagi canggih dari Hospital Ampang. Macam kelakar pun ada. Dah sakit ikut je la pergi xray dekat USIM kena bayar RM30 dapat sekeping CD.
Semalam pagi datang semula Hospital Ampang dan jumpa Doktor Pakar, Dr SIVAKAMA SUNTHARI A/P M. KANAGARATNAM (Ketua Jabatan & Pakar Perunding Bedah Mulut Hospital Ampang). Hebat kan bunyi jawatan dia. Kes isteri ni memang terpencil dan jarang berlaku. Isteri kata masa dalm bilik tu ada dekat 6-7 orang doktor, tak campur misi lagi. Doktor pun arrange untuk surgery secepat mungkin sebab kes isteri kira kecemasan. Ada satu lubang atas gusi yang kalau biar lama akan terkena infection. Suara pun akan jadi sengau kerana ia melibatkan udara dan hidung. Aku pun tak faham sangat.
Papa dan anak-anak doakan semoga mummy cepat sembuh OK.
Hari ni lepas hantar anak-anak ke Taska, dalam hati doa banyak-banyak agar dipermudahkan. Walaupun minor surgery tapi hati tetap risau. Siapa tak sayang bini ?? 9 setengah pagi masuk untuk operation. Doktor pakar buat sendiri. Dekat pukul 11 baru keluar. Pipi isteri nampak bengkak sikit tak boleh nak bercakap. Air mata asyik berlinang tahan sakit. Kesian sangat tapi nak buat macam mana. Pergi farmasi ambil ubat balik beli bubur. Suruh isteri makan painkiller terus. Sampai rumah suruh baring dan tidur. Rehat banyak-banyak. Anak-anak papa jaga. Jangan risau OK.
note : Semoga cepat sembuh isteri tersayang. I know you stronger than me.
No comments:
Post a Comment