Friday, July 15, 2011

Panggilan Telefon dari Pak Habib

Alhamdulillah..selesai solat subuh dan bersahur di pagi jumaat ini. Hujan pulak kat luar. Harap-harap berhenti kejap lagi. Kalau tak macam mana nak pergi kerja. Jalan dah konpem jem time hujan-hujan macam ni. Biasalah KL.

Pak Habib di depan Taman Hana (gambar dari internet, masih belum berkesempatan nak pergi)

Semalam tengahari aku mendapat 1 panggilan telefon yang memang tidak aku sangka iaitu dari Tuan Syed Hussien AlAttas atau dikenali dengan nama panggilan Pak Habib. Macam mane aku kenal Pak Habib ? ? Macam ni cerita nya. Abah aku pernah bercerita tentang Pak Habib pada zaman muda-muda beliau. Abah dan Pak Habib boleh dikatakan adik beradik atau saudara angkat dan pernah tinggal bersama ketika kecil.

Paling tak di sangka sekali, beliau datang ke Majlis Perkahwinan aku bulan june yang lalu. Aku juga telah dibesarkan dengan hasil penulisan Pak habib. Abah banyak menyimpan buku-buku beliau dan waktu kecil aku, aku banyak jugak la membaca buku seperti 'Hantu Bukit Cina', 'Pemuda di Zaman Mahathir' dan banyak lagi (time tu mana ada komputer nak main facebook). Paling latest masa majlis perkahwinan aku, Pak Habib ada memberikan dua buah buku bertajuk 'Gerhana Raja & Malaysia Today' dan 'Tuhan Politik & Seks'. Buku beliau kebanyakan berkisar tentang politik tanahair tapi menarik.


Sebagai tanda terima kasih atas kehadiran beliau di hari perkahwinan aku, aku pun menghantar 1 email untuk mengucapkan terima kasih kepada Pak Habib. Yer la, nak telefon masih segan dan malu. Dalam email ada la aku tinggalkan no telefon. Mana tau dapat pulak panggilan telefon semalam. Kelam kabut jugak la. Pak Habib ada jugak mengoffer untuk datang ke janda baik bersama isteri, Terima kasih banyak-banyak Pak Habib. InsyaAllah lepas raya kami akan datang melawat Pak Habib.

note : siapa tak kenal pak habib klik sini (website). Bagi blogger klik sini



No comments: