Friday, November 18, 2011

Nazmi Faiz Mansor

Nama Penuh : Muhamad Nazmi Faiz Mansor
Tarikh lahir : 16 August 1994
Umur : 17 tahun
Tinggi :1.67 m (5 ft 5 12 in)
Pasukan : Harimau Muda B
Posisi : Midfield (tengah)

Siapa dia ni ?? Memang hebat. Baru umur 17 tahun. Boleh bermain lebih baik dari skuad senior. Kira Ok la. SEA games di Jakarta ini adalah peluang beliau membuktikan kepada semua yang beliau layak mewakili skuad kebangsaan.

Aksi Pertama beliau Di Sukan Sea 2011 ini ialah ketika menentang Thailand dan membantu Malaysia menang 2-1. Siapa yang tengok perlawanan Thailand vs Malaysia mesti terpegun dengan cara permainan Nazmi Faiz ini yang baru sahaja berumur 17 tahun (tak sempat ambil SPM tahun ni).


Di bawah ini cerita pasal beliau dari blog Faliq Firdaus. yang mengatakan Nazmi bakal kapten pasukan kebangsaan pada masa akan datang :

-------------------------------------------------------------------------

Nazmi Faiz Mansor, Bakal Kapten Skuad Kebangsaan

Umur 17 tahun. Lincah. Muhd Nazmi Faiz Mansor namanya. Dulu dia lah Ketua Pasukan SSBJ Bawah 15 tahun.

Nazmi Faiz Mansor, 17. Foto DuniaSukan.

Aku ingat lagi budak ni. Nama panggilannya Nami. Suara dia macam character Shizuka dalam cerita Doraemon. Korang boleh bayang lah. Dulu mase sekolah gua lawan Malaysia U15, kena titik 10-0 beb. Si Nami ni la ketua pasukan dia. Dia lah kepala kepada Malaysia U15's 30 seconds football. Bila dia dapat bola je, dia akan cakap "30 seconds! 30 seconds!". Apa maknanya? Haaa itu maknanya dalam 30 seconds tu, dia akan attack lu orang punya side dengan wing play serta through pass in the middle yang macam haram accuracy dia. Maka, terboloslah anda jaringan demi jaringan.

Suara Nami ala ala Shizuka atas padang.
Masa dia bagi order dalam padang tu, memang aku terbarai la dengar suara dia. Dengan kepala satu team yang botak lagi. Tapi nak gelak tak boleh, sebab team aku telah diayamkan oleh team beliau. Hahahaha. Memang aku akui, vision dia, composure dia, tiptop meletup! Memang ada ciri-ciri bakal ketua pasukan kebangsaan. Tengok accuracy passing dia pun, pehhhh. Kalau boleh aku taknak main la masa tu, nak tengok dia main atas padang.

Ada yang kata, dia ni bakal pengganti
Azizol Abu Haniffah. Aku setuju dengan kata-kata itu. Dia ni lah bakal midfield general kita. Better la dari K.Reuben tu, dan aku dengan bangganya mengakui, dialah Malaysia's new wonderkid. Umur baru 17 tahun, aku yakin dia akan main dekat Europe nanti. Dapat pulak dia main SEA Games 2011 Palembang ni, memang cantik habis laaa. Memang talent scouts minat kat dia habiss.

-------------------------------------------------------------------------

note : kalau ada 11 orang macam nazmi, boleh kot Malaysia pergi piala Dunia di masa akan datang. insyaAllah.