Friday, May 30, 2014

Cacar Air

Kalau zaman sekarang sebut penyakit cacar air atau cengkering, mesti ramai yang tak tahu. Tapi kalau sebut chicken pox baru la tahu. Ada juga yang keliru dengan demam campak. Cacar air (chicken pox) dan campak (measles) mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan. Kedua-duanya berpunca dari dua virus yang berbeza, tetapi memberikan simptom yang hampir sama.



Dua ke tiga minggu lepas, aku demam panas sampai tak larat. Bila jumpa doktor, doktor kata demam biasa. Selang dua tiga hari rasa macam naik ruam dah kat muka. Ingat naik jerawat sebab baru tukar minyak rambut sebab atas kepala pun macam ada jerawat. Makin lama makin banyak sampai melarat ke badan. Itupun isteri yang perasan. Bila pergi klinik doktor kata Chickenpox. 

Doktor bagi MC 2 minggu. Duduk rumah macam orang gila. Dah kuarantin nak elak berjangkit dengan fayyad lagi. Duduk bilik belakang sorang-sorang.Setiap 6 jam makan panadol kalau tak badan sakit. Jumah panadol yang ditelan ade lebih 40 biji sepanjang sakit ni. 

Daun Semambu sebagai peneman tidur

Tekak pula rasa perit sebab naik biji tu. Seminggu nak telan air liur rasa pedih. Minum air sehari segelas sahaja. Lepas tu minum air kelapa dalam 3 hari ada dekat 6 - 7 biji. Daun semambu lagi mama bawa datang dari kampung buat alas tidur.Minggu ni baru rasa lega tapi masih dalam MC. Cuma tak perlu telan panadol lagi.

Tips Chickenpox boleh klik sini

note : Dah tua-tua kena chickenpox emmang seksa..harap cepat la lega, rindu nak main dengan fayyad.

No comments: