Thursday, May 15, 2014

Wang Lebihan Cukai Pendapatan

Orang kata rezeki nak datang ni memang tak disangka. Sambil tidur pun rezki datang. Semuanya dari Allah SWT. Syukur Alhamdulillah. Pagi tadi buka la maybank2u nak check balance duit yang tinggal tak seberapa. Niat nak bawak keluar beli barang makanan sikit untuk dibawa ke Taska esok sebab taska Fayyad ada sambutan Hari Guru.


Bila login dan check baki duit, aku agak terkejut. Kenapa tiba-tiba bertambah walaupun tak banyak. Ada orang salah masuk duit dalam akaun ke. Nak kata aku ada jual barang online atau join MLM yang tiba-tiba duit boleh beranak pun tak juga. Bila tengok betul-betul ada dekat description dia ada tulis 

Transfer FROM CIMB AKAUN KERAJAAN MALAYSIA IRB*****

Baru la aku teringat aku ada lebihan bayar cukai masa aku isi e-filling untuk istihar cukai pendapatan bulan lepas. Alhamdulillah syukur rezki dari Allah. Tak sangka begitu cepat (mungkin ada yang dah dapat lebih awal dari aku). Siapa yang ada lebihan cukai boleh la cek dalam akaun masing-masing. Siapa yang tak letak nombor akaun, mungkin dia kan pos cek sebab rasanya tahun lepas, isteri dapat cek dari LHDN.

note : nak beli hadiah apa untuk hari guru fayyad esok ??..

2 comments:

el said...

alhamdulilah rezeki tergolek :)

Shaun Khoo said...

Reaksi saya sama dengan anda. Ingat customer saya bayar duit produk yang masih hutang saya, tapi tak sebanyak tu. Terkejut sikit nampak nilai 4 angka... Lepas baca blog anda baru faham... Hahaha.. Terima kasih banyak2