Monday, May 12, 2014

Tahniah Manchester City


Dengan kemenangan Manchester City 2-0 ke atas West Ham malam tadi, maka berakhirlah perlawanan Liga Inggeris bagi musim 2013/14. Manchester City dinobatkan sebagai juara dengan 86 mata dihadapan Liverpool yang kempunan untuk merangkul juara dengan mengutip 84 mata. Tempat ketiga adalah chelsea my feveret team kurang 4 mata dari juara. Tempat keempat seperti baiasa adalah Arsenal.

Man City, Liverpool dan chelsea layak secara automatik ke liga juara-juara (UCL) musim depan. Arsenal terpaksa melalui pusingan kelayakan. Everton di tangga kelima dan Spurs di tangga keenam akan ke liga eropah. Norwich City, Fulham dan cardiff terssingkir dari liga dan akan bermain di liga bawah musim hadapan  



Tempat Norwich, Fulham dan Cardif akan digantikan dengan Leicester dan Burnley. Satu lagi pasukan yang akan naik ke Liga Inggeris akan ditentukan melalui perlawanan kelayakan diantara empat pasukan tangga keempat hingga ke enam iaitu Derby, QPR, Wigan dan Brighton.

Dekat sini aku letak sikit statistik untuk musim ini. Kalau nak yang  lebih lengkap boleh la tengok dekat soccernet

Penjaring Terbanyak : Luis Suarez (31 Gol)
Assists Terbanyak : S. Gerrard (13 Assist) 
Jaringan Terbanyak : Manchester City (102 Gol)

Jaringan Paling Sedikit : Cardiff (32 Gol)
Bolos Terbanyak : Fulham (85 Bolos)
Bolos Paling Sedikit : Chelsea (27 Bolos)
Cleen Sheet : Chelsea (18 Game)
Kemenangan Terbesar : Man Utd 7 - 0 Norwich
Kad Kuning Terbanyak : Pablo Zabalata (11)
Kad Merah Terbanyak : Wes Brown (3)
Kad Kuning Terbanyak (Team) : Aston Villa (78)
Kad Merah Terbanyak (Team) : Newcastle (6)
Fair Play : Cardiff City (49 Yellow Card, 1 Red Card)


Dekat bawah ni gambar sekitar kemenangan Manchester City keatas West Ham dan sambutan kemenangan menjuarai liga musim ini. Apapun tahniah buat Manchester City dan pasuakn-pasukan yang lain juga. Musim depan pasti lebih menarik lagi kerana saingan di Liga Inggeris memang sengit

Jaringan pertama nasri
Jaringan kedua Kompany
 
Pellegrini di julang pemain  
Kapten pasukan menjulang piala
 
Aguero yang mungkin berhijrah ke barcelona musim depan
Pemain-pemain Man City 
Kapten dan jurulatih
Penyokong mancity
Pentokong bersama meraikan kejayaan pasukan

note : Juara German (Bayern), Juara Itali (Juventus), Juara Perancis (PSG), Juara England (Man City), Juara Sepanyol ( ? )


No comments: