Thursday, June 12, 2014

Nisfu Sya'aban


Hari ini bertarikh 12 Jun 2014 bersamaan kalendar islam 14 Syaaban 1435. Ini bermaksud, malam ini adalah malam ke 15 di bulan Syaaban dan lebih tidak lama lagi akan masuk bulan Ramadhan. Malam ini juga adalah malam Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Kaifiat Membaca Yasin Malam Nisfu Syaaban.


1. Waktunya selepas solat Maghrib, selesai berzikir dan solat sunat.
2. Membaca 3 kali surah Yasin memohon 
  • Mohon Allah lanjutkan usia dalam kebajikan.
  • Mohon Allah tetapkan iman dan mati dalamnya.
  • Mohon Allah murahkan rezeki yang halal.
3. Membaca doa setiap kali selesai membaca Yasin.



Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhamad tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

“ Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”


Sumber  : Wikipedia

Note : Insyaallah semoga kita sama-sama dapat beramal dan amalan kita diterima Allah SWT. Amin.

No comments: