Monday, June 09, 2014

Piala Dunia 2014 Brazil - Siapa Juara ?

Menjelang Piala Dunia yang akan bermula dalam beberapa hari lagi, setiap pasukan telah menyenaraikan kesemua 23 pemain mereka. Aku meramalkan 5 pasukan yang mampu muncul juara. Salah satu daripadanya pasti pasukan yang aku sokong iaitu Jerman. Antara yang lain adalah tuan rumah Brazil, Sepanyol yang akan cuba mempertahankan kejuaraan dan juga Argentina yang mempunyai kelebihan di bahagian serangan. Satu lagi adalah pasukan bukan pilihan Belgium.


Ramalan bagaimana mungkin Jerman bakal muncul juara

Sebelum sokong Jerman, aku banyak menyokong pasukan Itali kerana pemain pertahanan mereka seperti Maldini, Nesta dan Cannavaro yang awesome. Kalo orang IT kata Firewall atau dinding api. Tapi minat aku berubah sejak Piala Dunia 2010. Semuanya gara-gara pemain muda seperti Ozil, Khedira dan Kroos. Cara dieorang main buat aku betul-betul buat aku nak sokong dieorang.Tahun ni tambah lagi Gotze, Schurrle dengan Draxler, lagi power. Sayang betul Reus cedera saat akhir.


Pasukan Brazil diketuai Thiago Silva

Brazil pula tahun ini sebagai tuan rumah dengan kehadiran penyokong sendiri di laman sendiri pasti menjadi kekuatan kepada mereka layak ke separuh akhir. Bagi aku pertahanan Brazil sangat mantap dan kukuh dengan Dani Alves, Thiaggo Silva sebagai ketua pasukan, David Luiz yang agak gila-gila dan Marcelo dari pasukan Real Madrid.Pemain tengah juga tidak kurang hebat dengan Oscar,Willian, Fernandinho dan Ramires. Serangan bergantung Pada Neymar dan Hulk atau Fred.


Spain menang Piala Dunia 2010

Sepanyol selaku juara pada Piala dunia 2010 di Afrika Selatan juga mampu ke separuh akhir dan muncul juara kali kedua berturut-turut. Tidak ramai muka baru yang terpilih menjadi 23 pemain yang akan ke Brazil. Kebanyakan adalah pemain pada Piala Dunia 2010. Ditambah dengan Diego Costa, pemain kelahiran Brazil, Azpilicueta, Koke, Martinez, Juanfran, De Gea & Jordi Alba.


Argentina Trio

Argentina pula memiliki trio serangan yang berbisa iaitu Messi, Aguero dan Di Maria. Tapi pertahanan mereka bukanlah yang terbaik pada Piala Dunia kali ini. Kes ini sama seperti liverpool dalam Liga Perdana Inggeris. Mereka mempunyai bahagian serangan yang hebat tetapi pertahanan yang lemah sehingga gagal bergelar juara. Bagi aku ini tidak seimbang.


Pasukan Belgium untuk 2014

Belgium bukan pasukan pilihan tapi mungkin bakal menggegar dan memberi saingan. Mereka mempunyai penjaga gawang yang muda dan berbakat iaitu Thibaut Courtois. Pemain pertahanan seperti ketua pasukan Man City iaitu Kompany, jugaJan Vertoghen yang bermain bersama Spurs, Thomas Vermaelen dan lain-lain. Pemain tengah seperti Hazard, Mirallas, Feilanni, Janujaz, Dembele dan Chadli. Bahagian serangan pula ada Lukaku. Kebanayakn mereka bermain di Eropah.

Pasukan lain yang mungkin membuat kejutan adalah Italy dan England. Mungkin ada lagi pasukan lain. Aku bukan lah bomoh 1 Malaysia atau ahlil nujum yang mampu buat ramalan. Tapi bola itu bulat. Mungkin juga pasukan dari Asia seperti Iran atau Japan menjadi juara tapi peratusan itu sangat tipis. 

Note : Piala dunia berlangsung pada bulan Ramadhan jadi harap kita juga boleh manfaatkan bulan Ramadhan dengan sebaiknya dan tidak leka dengan bola sahaja. InsyaAllah

No comments: