Saturday, July 26, 2014

AMDOCS dan ASTRO MALAYSIA

Sekarang heboh di facebook, whatsapp group dan sebagainya berkenaan cerita berkaitan astro memberikan kontrak jutaan dollar kepada sebuah syarikat dari Israel Laknatullah untuk menambah baik perkhidmatan mereka. Syarikat tersebut iaitu AMDOCS dalam kenyataannya rabu lalu, mengumumkan astro telah memilih mereka bagi penyedian perisian yang dinamakan Subscriber Management Sysytem. Ini membolehkan pelanggan astro berhubung terus melalui SMS untuk perkhidmatan bil, subscribe rancangan kegemaran atau apa sahaja.

MST godam astro


Ini membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh tanah air, mungkin bukan seluruh sebab tak semua ambil peduli dengan apa yang berlaku di Gaza, Palestin. Di sebabkan astro ada kaitan dengan syarikat Israel Laknatullah itu, laman web astro juga telah digodam malam tadi oleh satu kumpulan yang menggelar diri mereka Malaysian Security Tester (MST). MST telah berjaya menggodam banyak web Israel Laknatullah

Bangunan Amdocs di haifa Israel Laknatullah


Sebenarnya ramai orang tidak tahu, disebalik dunia broadcasting dan telco di Malaysia, kebanyakannya tidak lari dari menggunakan barangan Israel. Bukan hanya astro sahaja tetapi ada juga syarikat besar yang lain yang menggunakan barangan dari Israel. Secara tidak langsung mereka juga berurusan dengan Israel. Ada rakan didalam Celcom mengakui mereka menggunakan khidmat Amdocs juga.

Kenapa mcdonalds ?

Tapi orang Melayu Islam kita ni, apa yang kita boleh buat. Nak boikot McDonalds pun susah. Inikan nak boikot astro. Kalau dari dulu lagi kerajaan hadkan monopoli dari astro mungkin boleh. Sekarang dah agak lewat. Rakyat Malaysia kalau tak ada astro tak boleh hidup. Tak boleh tengok tv langsung pun. Astro dah beli semua hak penyiaran yang popular seperti sukan, berita dan lain-lain lagi. Jika ada pun syarikat TV baru yang naik, tetapi tiada rancangan yang menarik, siapa yang nak subscribe dan tengok.

Barangan yahudi, Israel

Selama ini, dalam kita tak sedar, hampir kebanyakan barangan Israel Laknatullah dan rakan sekutu mereka Amerika Syarikat berada di sekeliling kita. Google,facebook, perisian komputer, barangan perkakasan komputer, syarikat telekomunikasi, makanan, minuman, pakaian, budaya dan banyak lagi. Cuma kita masih tidur dan tak masih tak sedar. Banyak juga selain MCdonals. Antaranya ada di senarai ini



Menurut Ustaz Azhar Idrus, haram hukumya bermuamalat/berjual beli dengan orang yang menzalimi umat Islam. Untuk lebih lanjut boleh layan video pendek dari jawapan UAI. Macam UAI kata, Islam kita sempit. Susah kita nak rasa apa yang rakyat Gaza rasakan sebab kita terpisah oleh negara.

note : Kesian juga, ada kawan Melayu Islam boikot MCdonald, Coke dan sebagainya disebabkan Israel Laknatullah tetapi tidak sembahyang dan puasa. Apa pula hukumnya. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada seluruh umat Islam untuk bersatu. Amin

3 comments:

Anonymous said...

Memang kesian.. tapi itu lebih baik daripada dia tak solat dan tak puasa dan sokong israel kan? Doa kan utk mereka semua..amin.

Anonymous said...

Memangle, tapi yang kite nak tu keberterusan, hanya dengan solat je mendidik kite untuk disiplin. Memakai yang halal tu wajib, solat lagi wajib.

Muhammad Fadhli Abas said...

betul tu anon semua..solat itu tiang agama..kalau tak ada tiang..mana nak datang bumbung..dinding..dan lain-lain lagi..