Sunday, August 10, 2014

Scan Baby

Alhamdulillah hari ini dah masuk 15 minggu 1 hari usia kandungan isteri. Rasa seronok sangat dan tak sabar menunggu kelahiran yang kedua pula. Tapi kesian si isteri sebab masih mabuk di pagi hari dan muntah-muntah walaupun dah nak masuk 4 bulan.

Jumaat lepas, ambil keputusan pergi scan baby sebab risau si isteri mengadu tak berapa sehat sehari sebelumnya. Perut tak selesa. Penat dan letih. Makan tak lalu dan lain-lain lagi la. Sampaikan isteri ambil MC hari itu. Aku lepas sembahyang jumaat terus balik ambil isteri pusing area Ampang pergi klinik yang biasa pergi. 


doktor meng'scan' baby


Klinik pertama Klinik Idzham Pandan Jaya tiada alat untuk scan walaupun ada tulis menyediakan kemudahan tersebut. Klinik kedua di Desa Pandan pula tutup. Mungkin masih cuti raya lagi. Last sekali pergi Klinik Azizah berhampiran dengan rumah dekat taman Dagang, doktor yang  tahu guna alat tu pula tak ada. Kalau nak scan cuma boleh hari selasa, rabu dan khamis sebelum 4stgh petang. Tapi nasib baik jururawat dekat situ bagitahu ada cawangan Klinik Azizah berhampiran tesco Ampang dan doktor yang dimaksudkan, bertugas di situ hari tu. Apa lagi terus pergi sana.

baby aktif yang pemalu

Alhamdulillah bila scan, nampak baby sehat dan bergerak aktif. Baru nak masuk 4 bulan tetapi tangan dan kaki bergerak-gerak menendang. Tapi doktor kata masih terlalu awal untuk tahu jantina. Kalau dulu fayyad, masa dalam perut kurang bergerak sangat dan boleh tahu jantina awal kira-kira usia kandungan cecah 4 bulan. Mungkin yang kedua ini malu sikit. Haha. Apapun syukur ya Allah semuanya sihat.


note : semoga membesar dengan sehat yer baby. Papa, mummy and abang fayyad tunggu baby :)

No comments: