Tuesday, August 12, 2014

Kempen Astro Derma Darah #kitasama



Sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 tahun ini, pagi ini pihak astro telah melancarkan 2 kempen bermula dari 15 Ogos sehingga 16 September 2014. Kempen pertama diberi nama 'Negaraku" akan menyiarkan 48 program baru di astro.



Kempen kedua pula ialah Kempen Derma Darah dengan hashtag #kitasama. Kempen derma darah ini akan berlangsung di seluruh negara bermula pada hari ini yang pertama di Astro Bukit Jalil. Antara lokasi derma darah lain anjuran astro dan Pusat Darah Negara ialah :-


  1. KSL City Mall, Johor Bahru (15 & 16 Ogos)
  2. East Coast Mall, Kuantan dan Greentown Mall, Ipoh (30 & 31 Ogos)
  3. Cheras Leisure Mall, Klang Valley (30 & 31 Ogos)
  4. Stadium Sultan Mizan, Planet Gempak Kuala Terengganu (5 & 6 September)
  5. Prangin Mall, Penang dan Centerpoint, Kota Kinabalu (13 & 14 September)
  6. Plaza Merdeka, Kuching (16 September)
Ashwad Ismail Astro Awani 501

Last sekali aku derma darah tahun lepas bulan 8 di Hotel De Palma Ampang. Selain derma darah dekat Pusat darah negara, selalu juga aku derma dekat nyamuk-nyamuk yang ada bila balik kampung. Bila fikir balik, daripada derma dekat nyamuk, lebih baik derma dekat orang. Aku pun join menderma darah bersama selebriti dan staff astro yang lain. Dah setaraf artis dah aku ni.hehe

Miss Malaysia Jun Yong dan Reuben kang dengan Ean DJ Hitz FM

Ramai jugak yang menderma darah. Rakyat Malaysia memang sangat prihatin. Aku bermula dengan mengisi borang seperti biasa dan timbang berat. Part ni memang terkejut sikit. Berat tinggal 78kg. Biar betul mana pergi lagi 6-7kg hilang. Haha. Siap aku tanya akak kaunter tu timbang ni rosak ke ? dia kata betul dah. Pelik betul.

Berat yang tinggal 78 kilogram

Lepas timbang pergi cek darah lepas itu beratur untuk kaunseling. Aku pun tak berapa nak  paham sangat bab kaunseling ni. Tiba part aku dia tanya macam-macam. Soalan sama macam dalam borang. Kalau dia nak tanya tak payah isi borang pun takpe. Kan ke mudah macam tu. Last sekali dia tanya 

"Encik pernah tak bersama perempuan lain selain daripada isteri?" 

Haha. Takkan nak melawak pulak. Dulu masa saya kecik, saya pernah duduk dengan mak dan nenek, makcik2, sepupu dan ramai lagi perempuan. Masa sekolah pulak, ada la cikgu suruh duduk sama budak perempuan dalam 1 kumpulan tapi budak perempuan tu tak jadi isteri saya pun. Mau nak kena lempang kalau jawab macam tu.

Habis la darah aku

Selesai sesi kaunseling habis, pergi baring dan mula la derma darah. Astro Awani pun ada buat liputan. Yer la takkan Astro Arena atau Astro Ceria. Kalau nasib baik, dapat masuk TV malam ni. Habis derma darah, ambil goody bag. Dalam ada air mineral, milo kotak, roti, acid folic, sijil dan ape ntah astro bagi. Lepas tu keluar lunch dengan isteri makan sayur bayam banyak-banyak. Isteri kata untuk tambah darah. Minum sirap boleh tambah darah tak?

note : Milo kotak ni nestle, nak boikot tapi dah bagi free dan aku tak menyumbang apa-apa kepada israel. Takkan darah aku tukar dengan air kotak kot. tak berbaloi langsung.

2 comments:

Sofea said...

derma dara kena bersama.. :P

Unknown said...

pemude2 dilarang minghisap dade..pemudi2 digalak menderme dare..haha